Saturday, November 12, 2011

Pertanyaan dan Kegilaaan

Pertanyaan dan Kegilaaan

Semaptkah aku bertanya padamu,
Saipa nakhoda lautan mati?
Di mana hilangnya bulan terbit?
Ternampakah kau akan kegilaan pertanyaan ini,
Mahu menyangkal kuasa esa,
Mahu menyebat takbiran azan..

Menyoal nafas terhenti,
Ke daerah generasi premium,
Yang mahukan menifestasi,
Langkah maut mematahkan api,
Mencairkan besi,
Dan bebas di angkasaraya..

Mengapa? Engkau manusia..

kata kata cinta

Kalau kata cinta,
 katakanlah bersama rindu bermula,
 dua doa bersatu hati,
 mohon kurniaan bersama ilahi,
 terbit bulan seperti siang,
mentari setia mendamba malam,
 indah kasih ku bawa duka.
Agar mengintai kehebatan duniawi.
Terletak pada telapak tanganmu….

Aku menyusun rantaian hidupku, kala di atas dan dibawah, kau berada di sudut kasih,
 yg mencintaiku seperti ibu melahir…
dan jeritan-jeritan batin itu, aq letakkan bersama simpulan mati hikayat cinta…
ikatanya adalah mesopada yg hina…

Ohhhh! Masa lalu itu menikam benakku, kala bertempur semangat julang, mimpi sipahi ku bunuh-bunuh kejam!
 Kau menetak belakang  ku pula…
dan sebelum kau ku peluk setia, bertempat di hamparan lautan, badai yg mengolek-golek  bersama ombak itu, kelihatan terpedaya..dgn lakonan sutradara, karangnya juga sehebat karma…

Epilog sebuah cinta

Epilog sebuah cinta
Ku ukir perlahan
Bertemankan tinta nan basah
Di atas sekumal kertas
Di malam hari
Yang dibasahi titisan jernih dari angkasa

Epilog sebuah cinta itu bermula
Pabila kubuka hati ini buatnya
Bertakhta di sanubari ku
Janji kehidupan dicatur
Antara aku dan dia
Penuh mesra, sayang, dan cinta.

Namun
Semua itu bagaikan tiada lagi
Kehadiran insan itu
Menggamit suasana penuh emosi
Kenangan lama diungkit kembali
Cinta yang silam dibawa ke saat ini

Akhirnya
Semua telah berubah
Dia yang dulunya menyayangi diri ini
Kini berpaling tadah
Mengejar kembali cinta silam itu
Mengejar kembali insan
Yang merupakan cinta pertamanya

Sedangkan aku
Hanyut di dunia ku
Kehidupan bagaikan tiada lagi
Masih terngiang kata-kata itu
Yang meniti di bibir dirinya
Saat meninggalkan aku
" Saya bukan tak sayangkan awak,
tapi perasaan itu makin berkurang"

Epilog cinta itu
Kini berakhir
Dan aku
Membawa hati ini pergi
Jauh dan jauh…

Anugerah yang Tersimpan

Anugerah yang Tersimpan
Andai aku sepotong hati terinaya,
Sedang membeli keperihan abadi,
Langakah-langkah kasih ku,
Lelah sesepian meruntun kepastian…

Benarkan aq memelukmu,
Agar sebentar bayang-bayang hilang,
Menunjukkan kaseh yg rela,
Bertapa sukarnya jiwaku..kau akn tetap kusambut!

PERJANJIAN SEMESTA

PERJANJIAN SEMESTA

Aku telah meliputi segala,
Kecaman mimpi dan lelap mata,
Akhirnya sebuah derita,
Lambaianmu saatnya kau pergi,

Ampuhnya diriku,
Bersama kata-kata pemangkin setia..

Ku lari melari dan belari,
Aku dikejarkan mimpi,
Mencemburui hati serta jiwa,

Dan bersumpahlah..pada bumi yang kau tidakkan terleka…

Tuesday, August 23, 2011

Zur'ain Cahayaku..

Aku kian jauh,
Melampaui beku masa lalu,
Di sini nadi berucap keyakinan,
Menyatakan kewujudan…
Lalu angin hayat,
Melekat jantung kalbu,
Memberi pengiktirafan cinta,
Terakhir nafas terhempas,
Debu2 dan sisa rindu…
Antara  air rumput dan karang,
Akan ku angkat ombak benang itu kembali kuanyam,
Seperti malam mendamba kau hadir,
Turut meluahkan kasih yg mencengkam..

Kasihku,
Hiduplah kau di jemariku,
Cahaya diantara menerangi,
Seperti dalam puisiku,
Kau akan kekal abadi,
Menjadi bidadari…

Pasti kau ku ingati,
Puisi cahaya malamku,
Harapan dan harapan,
Kau di anbia,
Di tanah rindu pasti ku genggam!

Wednesday, August 17, 2011

zurain cahayaku