Wednesday, August 3, 2011

binasakn ceritamu

Pada kemarin sesuatu berjumpa aku, di sana aku melihat kebesaran dan keluasan bumi tuhan, ada diantara mereka berpaling, melontarkan, serta menidakkan anugerah yang pasti mencemburui nafsu akal. Namun aku pasti, disebalik raut wajah yang mengoyahkan serta mengugup kala mata berlawan itu cukup menggambarkan rasa cemburui dirinya. Lalu aku tidak pasti, anugerah ini yang tercipta untukku seistimewanya masih belum cukup memuaskan hati. Tikaku melihat insan-insan lain seakan lebih sempurna sedang menjalani hidup yang kadang kala hanya sedikit berbeda daripadaku, aku merasa sakit, sebak dan mungkin terluka kerana kecewa. Walhal, aku dijauhi kerana aku lebih istimewa daripada mereka, sedang juga aku mengetahuinya. Apakah laksana tuhan menciptakan aku bernafsu dengki, tampa disedari aku sedang mengucap syukur. Pada satu ketika aku mencemburui dirinya, padaku mengenalinya, akulah yang lebih berbangga, namun aku tetap tidak mengerti, salah apakah dia kerana terpaksa aku tanamkan rasa dengki walaupun kami dahulu berjanji ikhlas dan setia? Inilah sebenarnya aku, kawan disisi maafkanlah aku. Aku harapkan ku lebih tulus dari ini, aku lebih fasih tentang dirimu, tapi sayang aku terpatri pada janji dan dilemma rindu. Seharusnya kawanku, kau akan lebih bahagia kerana aku sentiasa disisimu. Walaupun aku seakan lebih tahu bila masakan memujukmu, bila masakan aku memintal ceriamu, kepada rasakan pulang terbit bintang. Terbit semula berhalusinasi…

0 comments:

Post a Comment